Membina Kehidupan Baru Dari Lembah Kesengsaraan
Dalam perjalanan hidup ini sudah pasti akan ada suka dan duka, jatuh dan bangun. Setiap cabaran yang datang ibarat ujian yang mengajar kita supaya sentiasa cekal dan tabah dalam meneruskan kehidupan.
Memang benar, pengalaman itu umpama guru yang mendewasakan kita. Hanya dengan mengatasi segala kesengsaraan, cabaran serta ujian, barulah kita dapat mengecapi manisnya kehidupan ini dan gemilangnya hari esok.
Pelbagau kesedihan dan kesengsaraan yang telah ditempuhi oleh Cikgu Yvonne Leong sebelum mencapai kejayaan di Elken. Bagi yang tidak mengenali susuk tubuh ini, pastinya tidak dapat menduga bahawa di sebalik wajahnya yang manis, tersimpan kisah duka nestapa, jerih perit yang menyayat hati. Sejak kecil beliau seorang anak yang manja dan setelah ditilik dalam kitab (menurut kepercayaan Cina), beliau dikatakan akan dilimpahi tuah sepanjang hayat. Ini ditambah dengan dahinya yang licin berseri-seri membuatkan orang di sekelilingnya semakin percaya bahawa beliau akan hidup bahagia dan makmur sepanjang hayatnya, bahkan beliau sendiri turut mempercayainya.
Setelah tamat persekolahan tingkatan enam, Cikgu Yvonne Leong yang bersikap ceria ini menjadi guru sementara sebuah perkampungan kecil di negeri Pahang. Walaupun gajinya ketika itu hanyalah RM475 sebulan, beliau tidak kisah asalkan berkerjaya. Dengan hati yang luhur, beliau ingin menjadi seorang pendidik yang cemerlang.
Setelah lebih 10 tahun menjadi guru sementara, Cikgu Yvonne Leong tidak pernah sekalipun terlintas untuk menjadi guru tetap. Ini kerana jauh di sudut hatinya tersimpan satu cita-cita untuk membina kerjayanya sendiri. Kebetulan pula suaminya, Kim San yang berasal daripada keluarga yang miskin juga mempunyai impian yang sama. Maka mereka berdua mula menabung menyimpan wang untuk mengumpul modal perniagaan. Beliau mula mengajar tuisyen selepaa waktu sekolah. Akhirnya dengan susah payah beliau berjaya menyimpan sejumlah wang yang cukup untuk membuka sebuah kedai kasut miliknya sendiri.
Selepas membuka kedai kasut, beliau dan suaminya menjadi rakan kongsi seorang kenalan membuka pula kedai perabot. Pada masa itu, beliau sedang hamil anak yang kedua. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah pusingan modal, beliau masih lagi yakin dengan perniagaan yang dilakukannya. Cikgu Yvonne Leong percaya, “Selagi saya berusaha bersungguh-sungguh, saya pasti berjaya.” Pegangannya begitu kuat dan kepercayaannya tidak pernah pudar, apatah lagi suaminya sentiasa berada di sampingnya bersama berkongsi suka dan duka. Anak kedua yang bakal lahir itu menjadi penawar segala kepenatan fizikal dan mental ketika itu.
Namun, Yvonne tidak pernah menduga bahawa Tsunami nasib sedang melanda hidupnya…
Nasib Malang Pertama : Wang kutu dilarikan orang
Kedai kasut dan kedai perabotnya memerlukan pusingan modal. Beliau terpaksa meminjam wang daripada semua ahli keluarga dan sahabat sehinggakan tiada lagi tempat untuk meminjam. Akhirnya, beliau terpaksa bermain kutu haram bagi mendapatkan wang. Bermula dengan RM30, RM100, RM300 sehingga RM500 satu syer dan menyertai beberapa kumpulan sekali gus.
Benarlah kata orang, kalau seseorang itu ditakdirkan nasib malang, duit pun enggan mendekatinya. Kumpulan kutunya lingkup, ketua kutu pula menghilangkan diri. Apabila beliau sendiri menjadi ketua, ahli-ahli pula melarikan diri. Akibatnya, setiap bulan beliau terpaksa menyediakan RM3000 hingga RM4000 untuk duit kutu. Setiap kali telefon berdering pada jam 3 petang, beliau berasa gementar. Beliau takut kalau-kalau pihak bank menelefonnya memintanya memasukkan wang untuk mengelakkan cek ditendang dan pada saat itu beliau memang sudah tidak mempunyai wang lagi.
Nasib Malang Kedua : Kedai perabot terbakar dan pelanggan tidak mahu membayar hutang.
Suaminya menjadi rakan kongsi membuka sebuah kedai perabot, tiba-tiba di separuh jalan, rakannya itu menghadapi masalah kewangan. Maka, suaminya dipaksa membeli saham rakannya itu. Dalam keadaan mereka sedia menghadapi masalah kewangan, keadaan ini menambahkan lagi kesulitan yang terpaksa mereka hadapi.
Suatu hari, beliau ternampak ramai orang berkumpul di hadapan kedai perabotnya dan asap pula berkepul-kepul keluar dari kedainya yang terbakar. Lebih malang lagi, insurans yang dibelinya untuk kedai agak kecil nilainya, maka segala modal dan harapannya telah hangus terbakar.
Tidak terhenti setakat itu, beliau dikerumuni pemiutang. Pelanggan yang sudah mengambil barang pula tidak mahu mengaku dan enggan membayar. Apabila suaminya cuba merayu supaya mereka membayar sedikit, mereka pula menempelak dengan berkata, “Mana invoisnya, tolong tunjukkan!” Saat itu, beliau merasakan hidup ini terlalu kejam.
Nasib Malang Ketiga : Keguguran anak kedua, duka sepanjang hayat.
Ketika kandunga keduanya mencecah enam bulan, beliau berasa sakit. Namun, setelah berjumpa dengan 3 orang doktor perbidanan, semuanya mengatakan kandungannya tiada masalah. Kemudian beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena, lalu beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, kandungannya sudah nyawa-nyawa ikan dan beliau perlu banyak berehat.
Kata Cikgu Yvonne Leong, “Nasib saya memang malang sekali. Saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa tetapi jururawat menyuruh saya berjalan kaki ke bilik imbasan yang terletak di lereng bukit.”
Beliau telah berjalan sejauh 50 meter naik turun bukit dan perutnya berasa semakin sakit. Kemudian, anaknya dilahirkan dan hanya bergerak sedikit dan terus tidak bernyawa lagi.
“Sampai sekarang saya masih ingat wajah anak saya itu”, katanya sambil mengalirkan air mata. Kedukaan kehilangan anak masih lagi dirasainya sampai ke hari ini. Begitulah sakitnya hati seorang ibu yang kehilangan anak. Kesakitan itu akan kekal sepanjang hayat.
Membina Diri Untuk Menjayakan Orang Lain
Budaya Hati ke Hati Elken telah menjayakan misi membina diri untuk menjayakan orang lain. Menjayakan orang lain bukan sekadar dari segi kesihatan dan kekayaan tetapi juga meliputi perkembangan diri, peningkatan keyakinan diri, kerjaya dan juga keluarga. Sistem duplikasi perniagaan Elken yang unik memudahkan mereka membina kehidupan baru yang bahagia.
Perniagaannya musnah dalam sekelip mata. Tekanan daripada pemiutang yang datang menagih hutang setiap hari terpaksa dihadapinya walaupun sukar. Cikgu Yvonne Leong kembali membuka kelas tuisyen. Kelasnya bagai tiada noktah. Satu kelas demi satu kelas disambungnya tanpa henti manakala suaminya pula ke Kuala Lumpur untuk belajar menjadi pelatih mencanai batu, kemudian bekerja pula di Singapura.
Semua perkara yang menyedihkan dalam hidupnya dalam masa beberapa tahun menjadikannya hampir putus asa. Ketika fikirannya kusut, hidupnya porak peranda, tiba-tiba muncul pelangi yang indah. Beliau mula percaya pada diri sendiri dan mula melupakan segala kepahitan yang dihadapinya. Budaya Elken berkongsi dari hati ke hati benar-benar mengubat jiwanya. Budaya tersebut membawa maksud, ‘Anda berjaya, saya berjaya, kita sama-sama berjaya, membantu menjayakan orang lain’.
Kejayaan di sini tidak terhad kepada kesihatan dan kekayaan peribadi, tetapi termasuk juga perkembangan diri, kerjaya dan keluarga. Model perniagaan untuk mewujudkan kehidupan yang bahagia.
Dalam masa yang singkat melakukan perniagaan ini, beliau menyapu semua manfaat pelan pemasaran dan melunaskan segala hutang dengan bank sebanyak RM300,000.
- Beliau dapat membeli sebuah rumah yang bernilai RM1 juta pertama kali dalam hidupnya
- Beliau dapat membeli sebuah kereta Mercedes-Benz E Class yang baru
- Beliau dapat memiliki kereta sport impiannya Nissan GTR bernilai RM350,000
- Beliau dapat menikmati pelancongan ke seluruh dunia melebihi 50 buah negara
- Menjadi salah seorang pemimpin kelab Crown Elken Million dengan pendapatan RM1 juta dalam masa 3 tahun
Cikgu Yvonne Leong telah membuat keputusan yang tepat dan betul dengan melepaskan kerjaya sebagai seorang guru dan perniagaan yang menanggung hutang. Akhirnya pada tahun yang sama, beliau menjadi pemimpin pasaran antarabangsa yang dihormati. Seorang pemimpin yang berjaya melaksanakan misi ‘Jagakan anda, jayakan orang lain’.
Pada ketika beliau berasa kecewa dan hampir putus harapan, adik perempuannya datang memperkenalkan perniagaan jualan langsung Elken kepadanya. Sepanjang perjalanan ini, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya melangsaikan semua hutang piutang dan sekali gus melepasi belenggu kesengsaraan menuju ke masa depan yang lebih cemerlang. Selepas mengalami segala kedukaan dan kesengsaraan, mereka kini lebih menghargai apa yang dimiliki sekarang. Kehidupan mereka masih seringkas seperti duku, minum teh tarik di kedai mamak, makan di gerai.
“Walaupun kami mempunyai pendapatan yang lumayan, saya masih merasakan wang bukanlah perkara yang paling penting. ‘Kasih’ adalah lebih utama. Terima kasih kepada suamiku yang sudi menemani saya mengharungi perjalanan hidup yang penuh onak dan ranjau ini”, cerita Yvonne.
Menghulurkan tangan untuk membantu orang lain melepasi belenggu kesengsaraan adalah perkara yang paling ingin dilakukan mereka berdua sekarang. Kerana ketabahan mereka, dua orang saudaranya yang hidup sengsara juga sedang menikmati kehidupan yang lebih baik kini dan mula membina masa depan yang lebih cemerlang.
Jayakan anda, jayakan orang lain – misi ini telah dicapai oleh Cikgu Yvonne Leong dan suaminya!
